Boria

Kategori: Info
Diterbitkan: Rabu, 20 July 2016
Ditulis oleh Super User

 BORIA

Persembahan boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian yang diketuai seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat/ baton ketika menyanyi) dan diringi Sailor yang terdiri lebih daripada enam orang di belakang tukang karang yang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang.

Asalnya persembahan boria turut dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Timur Tengah, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein oleh Muawiyah Abi Suffian dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19, selain ada yang mendakwa persembahan asal ini berasal dari India menerusi kegiatan perdagangan oleh pedagang India Muslim suatu ketika dulu. Kini boria telah melalui zaman transformasi secara langsung iaitu merubah fungsinya bukan lagi berunsur keagamaan tetapi untuk hiburan.

Persembahan dibahagikan kepada dua iaitu bahagian pengenalan dan persembahan. Bahagian pengenalan dimulakan dengan sketsa yang bertemakan nyanyian yang akan dipersembahkan. Sketsa selalunya diselitkan unsur jenaka bagi menarik perhatian. Peringkat persembahan pula dimulakan dengan nyanyian tukang karang yang mengepalai persembahan dan diikuti oleh ahli kumpulan yang lain dikenali sebagai "sailor".

Sailor berdiri di belakang tukang karang dengan membuat beberapa barisan mengikut bilangan penari yang biasanya terdiri daripada dua barisan. Sailor dan tukang karang akan mengenakan pakaian yang menarik dan berwarna terang untuk menarik perhatian. Tukang karang akan memakai pakaian yang berlainan untuk membezakannya dengan sailor. Prop dalam boria yang teralwal memerlukan tikar, namum prop diganti dengan payung, mercun, tiang ting ting, mercun berjurai dan ada juga pom pom dan belon. Ada kumpulan boria yang membawa bunga manggar dan tidak lupa juga yang mengibarkan bendera sewaktu persembahan.

Laman berkaitan "BORIA" - KLIK
 collage 2016 10 21

 

 

Bangsawan

Kategori: Info
Diterbitkan: Rabu, 20 July 2016
Ditulis oleh Super User

 BANGSAWAN

Seni lakon pentas ini bermula dari Pulau Pinang seterusnya berkembang ke negeri-negeri semenanjung lain. Pada 1875 Mamak Parsi telah membeli alat-alat bangsawan daripada penggiat Wayang Bombai yang berasal dari Bombay. Pemilik wayang bombai ini pulang ke India kerana muflis dan seterusnya menjual alatan tersebut kepada Mamak Parsi. Mamak Parsi bertanggungjawab dalam bangsawan ini pada mulanya memainkan cerita-cerita Hindustan tulin ditiru secara langsung seperti di Bombay.Lama kelamaan kumpulan ini putus idea untuk membawakan cerita dari India dan pada masa yang sama kebanyakan mereka tidak lagi mahir berbahasa Hindustan, jesteru mereka beralih kepada pengkisahan raja-raja Melayu dikenali sebagai bangsawan. Pada tahun 30an pementasan bangsawan telah menggunakan lagu-lagu barat untuk persembahan, maka tidak hairan penggiat bangsawan waktu itu menggunakan piano untuk persembahan mereka.

Walaupun bangsawan berasal dari India, tidak bermakna persembahan ditiru seratus peratus unsur India, tetapi banyak dipengaruhi dengan drama terkenal sepertikarya Shakespeare dan Larzuela dari Sepanyol dan juga pengaruh dari Itali. Gabungan ini telah menghasilkan satu seni yang popular. Persembahan bangsawan ini adalah bergerak dari bandar ke bandar. justeru apa yang kita dapat lihat, persembahan bangsawan bukan sahaja aktif di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh Malaysia. Bangsawan dikenali juga sebagai teater melayu moden popular pertama pada masa dahulu kerana satu-satunya seni persembahan yang dikenakan bayaran tiket untuk penonton dan ahli bangsawan itu dibayar gaji.

kisah-kisah bangsawan biasanya dikaitkan dengan istana, raja-raja dongeng dan hikayat. Jalan cerita sering diselitkan unsur pengajaran, sindiran, teladan dan unsur jenaka untuk menceriakan suasana. Pelakon bangsawan tidak menggunakan skrip, sebaliknya hanya panduan yang telah dibincangkan sebelum pementasan. Pelakon bangsawan juga perlu menyanyi. Pakaian para pelakon bangsawan berdasarkan cerita yang dilakonkan. Pada awalnya loghat Pulau Pinang digunakan. Pentas yang digunakan selalunya dihias indah berdasarkan latar cerita.

collage 2016 10 21 1

Ghazal Pulau Pinang

Kategori: Info
Diterbitkan: Rabu, 20 July 2016
Ditulis oleh Super User

GHAZAL PULAU PINANG

Ghazal Pulau Pinang ialah hasil daripada pendidikan Arab yang diterima oleh masyarakat Pulau Pinang, yang dipelopori oleh masyarakat Melayu Masjid Lebuh Acheh. Kumpulan ini merupakan yang pertama menerima pendidikan secara formal. Seterusnya mereka ini akan menyambung pelajaran ke Mesir. Berlainan daripada pendidikan pondok, mereka lebih moden dari segi pendidikan dan pandangan. Justeru sewaktu pulang ke Pulau Pinang, mereka telah membawa sekali  pengaruh moden Arab Mesir (sewaktu pemerintahan King Farouk), seterusnya membawa balik muzik-muzik Arab moden.

Mereka yang pulang dan bertugas sebagai guru agama seterusnya menubuhkan pancaragam yang dikenali sebagai ghazal. Keistimewaan ghazal Pulau Pinang ini ialah mereka memainkan irama kontemporari Mesir. Pada mulanya hanya ada kumpulan yang bermain muzik dan menari sahaja, tetapi apabila filem-filem Mesir masuk ke Pulau Pinang dan menerima pengaruh yang kuat, maka ghazal ini dinyanyikan sambil menari yang terdiri daripada perempuan. Apabila persembahan dijalankan di Pulau Pinang, menjadikan perempuan menari di atas pentas agak janggal di kalangan masyarakat selain penonton yang hadir pula terdiri daripada orang-orang alim. Jadi untuk mengatasi situasi berkenaan, mereka telah menggantikannya dengan lelaki yang berpakaian wanita.

Pada tahun 1950an hingga 1960, irama Bollywood telah berkembang di Pulau Pinang, justeru ghazal telah digabung rentaknya dengan rentak Hindustan. Antara kumpulan yang terkenal ialah Kumpulan Ghazal Bukit Tengah yang menjayakan persembahan hingga ke Sungai Petani. Ghazal turut dimainkan mengikut rentak soul berdasarkan penonton, tempat dan permintaan. Keghairahan ghazal menurun bila kesedaran Islam wujud yang mengharamkan lelaki berpakaian wanita.

Alatan muzik ghazal terdiri daripada biola, gambus, akordion, kecapi, double base, gendang maruas dan seruling. Pemuzik pula dalam satu kumpulan terdiri daripada lapan hingga dua belas anggota bergantung kepada peralatan muzik.

Laman berkaitan "GHAZAL PULAU PINANG" - KLIK
collage 2016 10 22 1

Joget Moden

Kategori: Info
Diterbitkan: Rabu, 20 July 2016
Ditulis oleh Super User

 JOGET MODEN

Pada awal tahun 40an selepas era kemuncak bangsawan, wayang gelap mengambil tempat di Pulau Pinang, berlakunya satu lagi transformasi budaya di negeri ini. Banyak filem dari barat dan Hong Kong memasuki Pulau Pinang, justeru minat masyarakat dari bangsawan semakin menurun. Penggiat-penggiat bangsawan (penari, pemuzik dan pelakon) terpaksa mencari rezeki lain. Jadi kumpulan inilah yang seterusnya menubuhkan kumpulan-kumpulan joget. Joget di Pulau Pinang lebih bersifat universal dan menerima unsur-unsur muzik dari barat. Di negeri lain, Melaka khususnya, terdapat juga joget tetapi persembahannya tidak tetap dan mengikut musim serta penekanan muzik hanya berunsur kemelayuan.

Di Pulau Pinang, Show Brothers telah menubuhkan pentas tetap di "Fun And Flooring Great World New World". Bayaran yang dikenakan untuk memasuki kawasan tersebut sebanyak 25 sen seorang. Persembahan joget moden ini berlangsung setiap malam. Keistimewaan joget moden dari Pulau Pinang ini ialah kumpulan tersebut bukan hanya menyanyikan lagu-lagu melayu tetapi juga lagu-lagu berentak samba, rumba dan konga. Jadi anak-anak muda zaman itu lebih meminati muzik kontemporari daripada muzik tradisional lain. Joget moden menjadi sangat popular. Pemuda-pemuda akan membeli tiket berharga 30 sen dan seterusnya memberi tiket itu kepada perempuan yang berada di situ sebagai teman menari.

collage 2016 10 22

 

Sumber Rujukan Kesenian

Kategori: Info
Diterbitkan: Rabu, 20 July 2016
Ditulis oleh Super User

 SUMBER RUJUKAN

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada bahan-bahan yang tersenarai di bawah :

- Yayasan Kesenian Perak. http://www.rumahykp.org.my/

- Mohd. Ghouse Nasuruddin. (1992). The Malay Traditional Music. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. (KPP 781.62992 MOH)

- Mohd. Ghouse Nasuruddin. (1995). The Malay Dance. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. (KPP 793.319595 MOH)

- Tan Sooi Beng, Patricia Matusky . (1999). Pengantar Muzik Malaysia , Buku II. Pulau Pinang. The Asian Centre. (KPP 784.19595 TAN)

- Mohd. Ghouse Nasuruddin . (1994). Tarian Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka (KPP 793.319595 MOH)

- Patricia, Matusky, Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradis Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Penang. The Asian Centre. (KPP 780.9595 MAT)

- Ghee, Tan Choon. Retrospective 1957-2000. Penang Art Gallery.

- Norhayati Abu Bakar. (1995). Kesenian Tradisional. Kuala Lumpur: Pustaka Cita Tinggi. (KKM 700 NOR)

- Courtney, Richard. (1991). Lakon,Drama dan pemikiran : latar belakang intelektual drama dalam pendidikan (Rahmah Bujang, Trans.). Kuala Lumpur:
  Dewan Bahasa dan Pustaka. (KKM 809.2 COU)

- Norhayati Abu Bakar. (1995). Tarian : Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Cita Tinggi. (KKM 792.62 NOR)

- Shahnil Asmar Saaid. (1995). Kesenian dan hiburan tradisional. Petaling Jaya: Penerbit Prisma. (KKM 792.09595 SHA)

- Asmad. (1991). Kesenian tari. Melaka: Associated Educational Distributors. (KKM 792.62 ASM)

- Mohamad Nazri Ahmad. (1998). Boria dan marhaban. Klang : Pustaka Mawar. (KPP 790.09595 MOH)

- Mohd. Amin Arshad (1993). Boria : dulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Mastika. (KPP 782.8109595113 MOH)

- Rahmah Bujang. (1997). Boria: a form of Malay theatre. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies. (KPP 782.8109595113 RAH)

- Tan, Sooi Beng. (1993). Bangsawan a social and stylistic history of popular Malay opera. Singapore: OUP. (KKM 782.1095951 TAN)

- Jasiman Ahmad. (2001). Persembahan tradisional. Kuala Lumpur: Jade Green Publication. (KKM 791.09595 JAS)

- Zabri Zakaria.(2005).  Persembahan tradisional. Petaling Jaya: Sejati Books. (KKM 791.09595 ZAB)

- Mohd Bashri Ali Anas, Mohamad Fahmi Che Mit (Eds.). (2000). Sejarah dan perkembangan Boria Pulau Pinang.
  Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang. (KPP 782.8109595113 SEJ)

- Aripin Said. (2004). Nyanyian rakyat khazanah bangsa yang hilang. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.
  (KKM 781.629923 ARI)

- Mohd. Ghouse Nasuruddin (1998). Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (KPP 781.629923 MOH)

- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2000). ALAT muzik tradisional : daya dan bunyi. Kuala Lumpur:
  Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (KKM 784.1909595 ALA)

- Umi Abdullah.(Eds). (2003). Makyung. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. (KKM 792.609595 MAK)

- Azizi Hj Abdullah. (1993). Menukang cerita dalam boria : satu pandangan singkat. Pulau Pinang: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang.
  (KPP 782.09595113 AZI)

- Umi Abdullah.(Eds). (2003). Boria. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. (KKM 782.09595113 BOR)

- Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang. (1993). Konvensyen boria '93 Pulau Pinang, 5 Disember 1993. Pulau Pinang:
  Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang.

- Rahmah Bujang. (1999). Seni persembahan bangsawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (KKM 792.509595 RAH)

- Tan, Sooi Beng. (1993). Bangsawan a social and stylistic history of popular Malay opera. Singapore: OUP. (KKM 782.1095951 TAN)

- Jasiman Ahmad. (2001). Persembahan tradisional. Kuala Lumpur: Jade Green Publication. (KKM 791.09595 JAS)

- Zabri Zakaria.(2005).  Persembahan tradisional. Petaling Jaya: Sejati Books. (KKM 791.09595 ZAB)

- Mohd Bashri Ali Anas, Mohamad Fahmi Che Mit (Eds.). (2000). Sejarah dan perkembangan Boria Pulau Pinang.  
  Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang. (KPP 782.8109595113 SEJ)

- Aripin Said. (2004). Nyanyian rakyat khazanah bangsa yang hilang. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.
  (KKM 781.629923 ARI)

- Mohd. Ghouse Nasuruddin (1998). Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (KPP 781.629923 MOH)

- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (2000). ALAT muzik tradisional : daya dan bunyi. Kuala Lumpur:
  Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (KKM 784.1909595 ALA)

- Umi Abdullah.(Eds). (2003). Makyung. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. (KKM 792.609595 MAK)

- Azizi Hj Abdullah. (1993). Menukang cerita dalam boria : satu pandangan singkat. Pulau Pinang: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang.
  (KPP 782.09595113 AZI)

- Umi Abdullah.(Eds). (2003). Boria. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. (KKM 782.09595113 BOR)

- Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang. (1993). Konvensyen boria '93 Pulau Pinang, 5 Disember 1993. Pulau Pinang:
  Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang.

- Rahmah Bujang. (1999). Seni persembahan bangsawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (KKM 792.509595 RAH)