KOTA CORNWALLIS "FORT CORNWALLIS

Kota Cornwallis dibina sekitar 1800 yang didirikan oelh para banduan. Nama ini diambil sempena nama pegawai British bernama Jeneral Charles Cornwallis. Kota Cornwallis digunakan sebagai benteng pertahanan dan beberapa pucuk meriam digunakan untuk membedil kapal-kapal musuh. salah satu meriam yang terkenal di kota tersebut ialah Meriam Seri rambai.

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.

Pada hari ini, tapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa pelancong-pelancong melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya.

Laman Rasmi : http://www.theesplanadepark.com.my/

collage 2016 10 24 1