BANGSAWAN

Seni lakon pentas ini bermula dari Pulau Pinang seterusnya berkembang ke negeri-negeri semenanjung lain. Pada 1875 Mamak Parsi telah membeli alat-alat bangsawan daripada penggiat Wayang Bombai yang berasal dari Bombay. Pemilik wayang bombai ini pulang ke India kerana muflis dan seterusnya menjual alatan tersebut kepada Mamak Parsi. Mamak Parsi bertanggungjawab dalam bangsawan ini pada mulanya memainkan cerita-cerita Hindustan tulin ditiru secara langsung seperti di Bombay.Lama kelamaan kumpulan ini putus idea untuk membawakan cerita dari India dan pada masa yang sama kebanyakan mereka tidak lagi mahir berbahasa Hindustan, jesteru mereka beralih kepada pengkisahan raja-raja Melayu dikenali sebagai bangsawan. Pada tahun 30an pementasan bangsawan telah menggunakan lagu-lagu barat untuk persembahan, maka tidak hairan penggiat bangsawan waktu itu menggunakan piano untuk persembahan mereka.

Walaupun bangsawan berasal dari India, tidak bermakna persembahan ditiru seratus peratus unsur India, tetapi banyak dipengaruhi dengan drama terkenal sepertikarya Shakespeare dan Larzuela dari Sepanyol dan juga pengaruh dari Itali. Gabungan ini telah menghasilkan satu seni yang popular. Persembahan bangsawan ini adalah bergerak dari bandar ke bandar. justeru apa yang kita dapat lihat, persembahan bangsawan bukan sahaja aktif di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh Malaysia. Bangsawan dikenali juga sebagai teater melayu moden popular pertama pada masa dahulu kerana satu-satunya seni persembahan yang dikenakan bayaran tiket untuk penonton dan ahli bangsawan itu dibayar gaji.

kisah-kisah bangsawan biasanya dikaitkan dengan istana, raja-raja dongeng dan hikayat. Jalan cerita sering diselitkan unsur pengajaran, sindiran, teladan dan unsur jenaka untuk menceriakan suasana. Pelakon bangsawan tidak menggunakan skrip, sebaliknya hanya panduan yang telah dibincangkan sebelum pementasan. Pelakon bangsawan juga perlu menyanyi. Pakaian para pelakon bangsawan berdasarkan cerita yang dilakonkan. Pada awalnya loghat Pulau Pinang digunakan. Pentas yang digunakan selalunya dihias indah berdasarkan latar cerita.

collage 2016 10 21 1