BORIA

Persembahan boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian yang diketuai seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat/ baton ketika menyanyi) dan diringi Sailor yang terdiri lebih daripada enam orang di belakang tukang karang yang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang.

Asalnya persembahan boria turut dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Timur Tengah, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein oleh Muawiyah Abi Suffian dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19, selain ada yang mendakwa persembahan asal ini berasal dari India menerusi kegiatan perdagangan oleh pedagang India Muslim suatu ketika dulu. Kini boria telah melalui zaman transformasi secara langsung iaitu merubah fungsinya bukan lagi berunsur keagamaan tetapi untuk hiburan.

Persembahan dibahagikan kepada dua iaitu bahagian pengenalan dan persembahan. Bahagian pengenalan dimulakan dengan sketsa yang bertemakan nyanyian yang akan dipersembahkan. Sketsa selalunya diselitkan unsur jenaka bagi menarik perhatian. Peringkat persembahan pula dimulakan dengan nyanyian tukang karang yang mengepalai persembahan dan diikuti oleh ahli kumpulan yang lain dikenali sebagai "sailor".

Sailor berdiri di belakang tukang karang dengan membuat beberapa barisan mengikut bilangan penari yang biasanya terdiri daripada dua barisan. Sailor dan tukang karang akan mengenakan pakaian yang menarik dan berwarna terang untuk menarik perhatian. Tukang karang akan memakai pakaian yang berlainan untuk membezakannya dengan sailor. Prop dalam boria yang teralwal memerlukan tikar, namum prop diganti dengan payung, mercun, tiang ting ting, mercun berjurai dan ada juga pom pom dan belon. Ada kumpulan boria yang membawa bunga manggar dan tidak lupa juga yang mengibarkan bendera sewaktu persembahan.

Laman berkaitan "BORIA" - KLIK
 collage 2016 10 21