JOGET MODEN

Pada awal tahun 40an selepas era kemuncak bangsawan, wayang gelap mengambil tempat di Pulau Pinang, berlakunya satu lagi transformasi budaya di negeri ini. Banyak filem dari barat dan Hong Kong memasuki Pulau Pinang, justeru minat masyarakat dari bangsawan semakin menurun. Penggiat-penggiat bangsawan (penari, pemuzik dan pelakon) terpaksa mencari rezeki lain. Jadi kumpulan inilah yang seterusnya menubuhkan kumpulan-kumpulan joget. Joget di Pulau Pinang lebih bersifat universal dan menerima unsur-unsur muzik dari barat. Di negeri lain, Melaka khususnya, terdapat juga joget tetapi persembahannya tidak tetap dan mengikut musim serta penekanan muzik hanya berunsur kemelayuan.

Di Pulau Pinang, Show Brothers telah menubuhkan pentas tetap di "Fun And Flooring Great World New World". Bayaran yang dikenakan untuk memasuki kawasan tersebut sebanyak 25 sen seorang. Persembahan joget moden ini berlangsung setiap malam. Keistimewaan joget moden dari Pulau Pinang ini ialah kumpulan tersebut bukan hanya menyanyikan lagu-lagu melayu tetapi juga lagu-lagu berentak samba, rumba dan konga. Jadi anak-anak muda zaman itu lebih meminati muzik kontemporari daripada muzik tradisional lain. Joget moden menjadi sangat popular. Pemuda-pemuda akan membeli tiket berharga 30 sen dan seterusnya memberi tiket itu kepada perempuan yang berada di situ sebagai teman menari.

collage 2016 10 22