CHARK KOEY TEOW PULAU PINANG "PENANG CHAR KOEY TEOW"

Char Kuew Teow merupakan makanan yang popular di Malaysia khususnya Pulau Pinang. Ia diperbuat daripada kuey teow yang berbentuk leper dan kira-kira 1sm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual masakan ini pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka. Tapi kini masakan ini dijual oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan meluas di kebanyakan lokasi di Pulau Pinang.

Char kuey Teow Pulau Pinang ini adalah resepi Melayu Pulau Pinang atau orang utara semenanjung yang telah diubah-suai dari Char Kuey Teow yang asal. Resepi ini berbeza dengan  dengan Char Kuoy Teow masakan Cina yang biasa atau resepi Indonesia “kwetiau Goreng“. Char kuey Teow Pulau Pinang adalah kuey Teow Goreng Basah yang berkuah berwarna merah pudar yang lazat. Sajian ini biasanya cuma terdapat di tempat-tempat tertentu. Tempat Char kuoy Teow yang terkenal dengan paling sedap terdapat di sekitar Permatang Pauh, Sungai Dua, dan Seberang Prai. Anda perlu ke kedai yang khasnya menyediakan hidangan ini. Di Restoren biasa anda cuma boleh dapat Kuew teow Goreng atau pun yang basah yang berlainan resepi dan rasanya. Menyediakan resepi ini perlu gunakan api dapur yang keras dan besar. Kecekapan guna kuali dan kelajuan tukang masak terdiri dari anak-anak muda sangat menakjubkan. Sekiranya anda melancong ke Pulau Pinang  jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ini. Harga sepinggan biasa RM4.50 dan special RM6.00. Special atau istimewa hidangan ini ditambah dengan telur goreng mata lembu dan juga tambahan udang besar segar. Rahsia kelazatan resepi ini bergantung kepada penyediaan “pes” atau kuahnya dan kesegaran udang besar yang dihiaskan diatas kuey Teow.

Antara kedai Char Koew Teow yang popular di Pulau Pinang :-

  • Sany Char Koew Teow, Bayan Lepas
  • Sungai Dua Char Koey Teow
  • Ariff Char Koey Teow, Kg. Pelet
collage 2017 02 16