LAKSA PULAU PINANG "LAKSA PENANG"

Laksa Pulau Pinang merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Pulau Pinang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal, ada yang memanggilnya sebagai asam laksa. Laksa Pulau Pinang adalah satu-satunya makanan Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia.

Tidak banyak perbezaan antara Laksa Pulau Pinang dengan laksa negeri lain, namun terdapat beberapa keistimewaan yang menjadikan laksa Pulau Pinang kini terkenal di seluruh Malaysia. pada tahun 50an orang Cina telah mengambil laksa Pulau Pinang sebagai makanan mereka. Mereka telah menambah nenas dan otak udang dalam laksa yang menjadikan laksa Pulau Pinang lain dari yang lain. Di sebelah Seberang Perai pula terkenal dengan laksa campur. laksa campur terdiri daripada telur, cucur udang, dan sambal tumis sotong.

collage 2016 10 22 5