NASI KANDAR

Nasi kandar bermula di sekitar Pelabuhan Pulau Pinang. pada mulanya nasi kandar di kontrak kepada pekerja -pekerja pelabuhan . Pengusaha nasi kandar akan masak nasi dan lauk seterusnya dihantar ke pelabuhan dengan mengandar nasi dan lauk yang diletakkan di dalam bakul. Sebatang kayu dijadikan sebagai pengandar kepada dua bakul seterusnya diletakkan di atas bahu. Pengusaha nasi kandar terdiri daripada India Muslim yang menentap di sekitar pelabuhan dan mempunyai kedai menjual nasi.

Pada mulanya orang yang tertanya-tanya mengapa ramai pekerja berkumpul, lama-kelamaan keadaan ini menjadi perkara biasa. Nasi kandar yang pada mulanya hanya disediakan kepada pekerja buruh pelabuhan dan seterusnya menjadi tarikan kepada penduduk sekitar. Penyediaan lauk yang lazat telah menjadi perbualan ramai sehingga tersebar ke kawasan luar dari pelabuhan. Nasi kandar yang asal mempunyai kuah cair, papadom dan banyak bawang.

Nasi kandar kini mendapat perhatian dan peminat nasi kandar bukan hanya dari penduduk Pulau Pinang tetapi juga dari luar negeri Pulau Pinang, justeru tidak hairanlah di mana-mana sahaja kita dapat melihat restoran nasi kandar. Selain itu kemudahan penggemar nasi kandar, ada diantara restoran-restoran tersebut juga dibuka 24 jam sehari dengan pelbagai lauk pauk yang istimewa. 

Antara kedai Nasi Kandar yang popular di Pulau Pinang :-

  • Nasi Kandar Deen, jelutong
  • Nasi Kandar Kampung Melayu
  • Nasi Kandar Imigresen, Lorong Pasar
  • Nasi Kandar Line Clear
  • Restoran Hameediyah
  • Nasi Kandar Beratur Original
  • Nasi Kandar Tajuddin Hussain
  • Nasi Kandar Deen Maju
  • Nasi Kandar Shariff
collage 2016 10 22 4