KOT ASAM PEDAS

Pemuda lelaki di Pulau Pinang sering mengenakan kemeja T berkolar bulat dan berbutang "praap". Mereka juga akan mengenakan songkok atau ketayap, bagi yang berketurunan Arab mereka akan memakai tarbus. Mereka akan memakai kain dan tali pinggang yang besar dan berpoket seperti pakaian oleh jemaah haji. Jika ada majlis-majlis atau bersiar-siar mereka akan memakai baju butang "praap", seluar, kain pelikat, tali pinggang besar dan kot. Kesan daripada itu pakaian tersebut di panggil "kot asam pedas". Untuk kelihatan lebih hebat, mereka akan berjalan sambil memegang tongkat atau payung. Tidak lengkap pakaian seseorang itu jika tidak menggantung jam rantai pada kot mereka. Jam tersebut mestilah daripada perak dan berkilat. Jam tersebut akan digantungkan pada butang kot dan dimasukkan ke dalam poket.

collage 2016 10 26