TAMAN BOTANI PULAU PINANG  "PENANG BOTANIC GARDEN"

Taman Botanical yang dikenali sebagai Waterfall Garden dibuka oleh seorang Superintendent British iaitu Charles Curtis pada 1884. Charles Curtis merupakan arkitek dan juga pereka landskap taman . Beliau telah menanam semula pokok-pokok asal yang mati dan diganti  dengan tanaman baru. Pada asalnya Taman Botanical ini adalah dikelilingi oleh hutan hijau tropika yang merangkumi keluasan 72 ekar dan kedudukannya yang strategik di pinggir Bandar serta mempunyai air terjun yang menjadi tarikan utama pelawat untuk mengunjungi taman ini. Air terjun yang mengalir setinggi 400 kaki, satu ketika dahulu menjadi punca air kepada penduduk di pekan yang berdekatan.

Taman Botanical mempunyai pengunjungnya tersendiri, pada awal pagi ramai yang akan berjoging, beristirehat sambil menghirup udara segar dan ada juga yang berkelah bersama keluarga. Taman Botanical mempunyai trek jogging yang selesa untuk pengunjung beriadah. Selain itu taman ini mempunyai beberapa rumah yang digunakan untuk membiak tanaman tertentu seperti paku-pakis, kaktus dan orkid.

Antara tempat - tempat yang boleh dilawati :-

  • Taman Tasik Teratai
  • Rumah Orchidarium
  • Denai Hutan Hujan Tropika (Curtis Trail)
  • Rumah Bromeliad & Rumah Begonia
  • Rumah Perdana
  • The Fern Rockery
  • Rumah Kaktus
  • Rumah Paku Pakis
  • Taman Rekreasi Kuari
  • Taman Formal (Formal Garden)
  • Nurseri Semaian
  • Sunken Garden

 

Waktu Melawat dan Kemasukan
Dibuka dari pukul 5:00 pagi sehingga 8:00 malam pada setiap hari dan setiap tahun. Kemasukan adalah percuma.

Makanan dan Cenderahati
Makanan dan cenderamata boleh didapati di Kedai Taman (Botanika) di sebelah Taman Rasmi.

Kemudahan
Terdapat kawasan-kawasan rekreasi / perkelahan, tandas, akses kepada kerusi roda laluan untuk larian, pentas, gazebo, trek joging, denai hutan, padang rehat dan pusat penyemaian tanaman

Lawatan Secara Berkumpulan
Perkhidmatan ini boleh didapati dengan pengaturan terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 04-2264404.

Laman Rasmi : http://botanicalgardens.penang.gov.my/
collage 2016 10 26 10