TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.

Bagaimana Ke Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 390 km dan kira-kira 42 km dari Georgetown, Pulau Pinang. Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang dan menuju ke arah Batu Feringghi seterusnya ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri / KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan bas yang disediakan.

Permit Dan Lesen
Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

Penginapan
Pelawat boleh menginap di hotel-hotel di sekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang merupakan kawasan pelancongan yang terkenal. Pelawat juga boleh berkhemah di tapak-tapak perkhemahan di dalam kawasan Taman Negara.

Aktiviti

Pusat Interpretasi
Pengenalan kepada Taman Negara Pulau Pinang dan keseluruhan ekosistemnya

Perkhemahan
Pantai Kerachut dan Teluk Kampi

Pemerhatian Hidupan Liar
Spesies yang boleh ditemui adalah seperti Tupai Kerawak, Memerang Licin, Pelanduk, Tenggiling, Ular Sawa dan beberapa spesies burung seperti Helang Siput, Pekaka Belukar, Murai Batu dan Punai Tanah

Merentasi Titian Kanopi
Panjang titian kanopi adalah 210 meter dan terletak di Sg Tukun kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pintu masuk utama. Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

*Ditutup untuk penyelenggaraan sementara waktu

Aktiviti Air
Menyusuri pantai dengan menaiki bot.

Berkelah
Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.

Memancing
Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.

Merentas Hutan
2 rentas utama yang bermula dari pintu masuk utama :

Rentas ke Pantai Kerachut – anggaran masa 2 jam perjalanan
Rentas ke Pantai Teluk kampi - anggaran masa 3 jam perjalanan

Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang didominasikan oleh Famili Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.

Mendaki bukit

  • Pendakian ke puncak Bukit Batu Hitam
  • Sumber air adalah takungan air hujan
  • Kemudahan perkhemahan juga disediakan

Rumah Api Muka Head

Mendaki tangga ke Rumah Api untuk menikmati panorama pantai. Kedudukan Rumah Api di ketinggian 227 meter dari paras laut

Pusat Konservasi Penyu
Melawat Pusat Konservasi Penyu, Pantai Kerachut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan. Spesies penyu yang terdapat di sini adalah Penyu Agar dan Penyu Lipas.
Masa lawatan adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Lawatan ke Tasik Meromiktik
Tasik yang terletak di Pantai Kerachut ini mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas.

Di dunia hanya terdapat dua tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu di Pulau Pinang dan Australia.

Laman berkaitan :-

Laman 1

Laman 2

collage 2017 02 15