Feri

Kategori: Info Diterbitkan: Rabu, 20 July 2016 Ditulis oleh Super User

FERI

Feri dari Butterworth ke Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri penumpang yang pertama dan paling tua masih beroperasi di negara ini. Perkhidmatan ini dimulakan buat kali pertama kalinya pada tahun 1894 dangan mengangkut kenderaan dan orang ramai dari Tanah Besar ke Pulau Pinang. Perkhidmatan feri ini diusahakan oleh sebuah syarikat adik beradik Quah Beng Kee yang berpengkalan di Pulau Pinang.

Pada 1924, perkidmatan ini telah diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang yang kemudiannya memperkenalkan perkidmatan feri yang lebih besar dan selesa. Setahun kemudian, sebuah jeti baru dibina iaitu Church Street Ghaut, Pulau Pinang dan jeti Mitchqel Pier di Butterworth.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang kini diambilalih secara rasmi oleh Rapid Ferry Sdn Bhd (Rapid Ferry) mulai (1 Mei 2018) daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB), yang mengendalikan operasi dan perkhidmatan berkenaan sejak 1 Januari 1994.

Laman Rasmi : Rapid Ferry

collage 2016 10 26 5
Hit: 771