JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah adalah jambatan tol kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Jambatan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

 

collage 2016 10 26 7