CHINGAY

Chingay memang tidak dapat dipisahkan  dengan Pulau Pinang. Aktiviti ini sangat semakin diminati sejak diperkenalkan pada tahun 1919. Chingay bermaksud ”seni sejati” dalam bahasa Hokkien pada awalnya dimainkan pada hari-hari tertentu seperti menyambut hari lahir ataupun jika berlaku kematian. Namun pada hari ini Chingay dimainkan sempena sesuatu festival seperti hari kemerdekaan atau majlis perasmian sesuatu festival.

Peralatan untuk permainan ini terdiri daripada bendera tiga segi yang berwarna-warni yang diikat pada tiang buluh sepanjang 10 meter. Bagi pemainnya pula, chingay dimainkan secara berkumpulan yang terdiri dari lapan ke dua puluh orang atau lebih. Semakin ramai pemain dalam kumpulan, semakin banyak bendera yang akan dibawa.

Pemain akan membawa bendera tersebut menggunakan tangan, mulut, bahu, dahi, peha dan kaki. Ada juga pemain yang berkemahiran akan melakukan aksi akrobatik sambil menyambut atau memasang bendera. Dalam pada masa yang sama, setiap kumpulan akan memakai pakaian tertentu untuk menunjukkan identiti kumpulan masing-masing.

collage 2016 10 26 11