RUMAH BUMBUNG TUNJUK LANGIT

Bentuk rumah ini boleh di dapati di Seberang Perai. Rumah yang mempunyai struktur asas seperti anjung, serambi, ruang lepau, bilik ruang kelek anak, dapur dan pelantar. Yang membezakan ialah dari segi sambungan kasau bumbung pisang sesikat ke tiang rumah ibu juga menunjukkan keunikan tersendiri. Struktur ini seakan-akan menunjuk ke atas, dan akhirnya dikenali sebagai bumbung tunjuk langit.

collage 2016 10 26 4