PENGENALAN 

line 

Perpustakaan merupakan institusi penting dalam kehidupan kerana ia adalah gerbang ilmu yang menyimpan pelbagai jenis buku, jurnal akhbar dan maklumat dalam pebagai bentuk. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, kaedah penyampaian dan pengesanan maklumat juga turut berubah. Oleh hal yang demikian Perbadanan merasakan amat wajar diwujudkan maklumat dalam bentuk maya dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk di Negeri Pulau Pinang dalam mendapatkan maklumat setempat, antaranya maklumat umum seperti pemimpin kawasan, JKKK kawasan, pendidikan, keagamaan, kesihatan, keselamatan, perkidmatan awam, perniagaan, pelancongan, sukan dan rekreasi serta lain-lain maklumat berkaitan yang terdapat di sekitar rangkaian perpustakaan desa Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Justeru, maklumat - maklumat untuk Perkhidmatan Maklumat Komuniti atau "Community Information Service" (CIS) mula dikumpul, dibangunkan serta dikemaskini secara berperingkat - peringkat mengikut daerah - daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya.

FotorCreated CIS
linePENAFIAN:
Setiap maklumat yang terkandung di Portal Perkhidmatan Maklumat Komuniti adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di portal ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak PPAPP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak PPAPP berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak PPAPP tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Pihak PPAPP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus.